Assalamualaikum semua 💗🌸
Ini projek terbaru program @nonatv3 @tv3malaysia
'KEMPEN MENGUMPUL BAJU BAHARU' untuk anak2 yatim, fakir miskin, istimewa dan asnaf. Sudi2kan membantu.
.
Penyerahan pakaian lebih 50 hingga 100 pasang baju baharu untuk anak2 ini, program Nona akan cover semasa penyerahan itu sama ada datang ke Sri Pentas TV3 Bandar Utama atau lokasi di sekitar Lembah Klang.
.
Usia penerima baju baharu tradisional atau casual ini adalah 3 hingga 18 tahun.
.
Tarikh akhir penyerahan 17 Jun 2017.
.
Setiap minggu program Nona akan update penyumbang. Minta kerjasama tolong support projek program Nona untuk ramadan dan raya ni dgn maklumkan kepada rakan2 yang ingin menyumbang.
.
Kasihan ramai yang masih lagi tiada baju baharu untuk raya. Yang ingin membantu sehelai dua pasang pun digalakkan dengan pos kan ke 'Kempen Mengumpul Baju Baharu NonaTV3' Seri Pentas, Persiaran Bandar Utama 47800 Petaling Selangor.
.
Terima kasih banyak atas kerjasama dan sumbangan yang ingin dihulurkan. Semoga usaha kita ini diberkati oleh Allah SWT.
#terimakasih #nonatv3 #nonaceritarakyat #sahamakhirat 😘😘😘